SELAMAT DATANG KE ENTRI SI MANJA CERDIK AL-QURAN

Sunday 25 March 2012

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) MENGGUNAKAN BAHAN MULTIMEDIA

ABM (Multimedia)

MARI BUAT ALAT BANTU MENGAJAR ( ABM ) BERSAMA...

ALAT BANTU MENGAJAR MENGGUNAKAN BAHAN  MAUJUD

LANGKAH 1 :



=> Sediakan alat-alat untuk membuat puzzle...seperti:  kertas warna,gunting,gam,pisau,marker pen,pensel dan pembaris...


LANGKAH 2 :






=> Tuliskan huruf-huruf Jawi pada kertas warna yang keras tadi dengan menggunakan pensel..kemudian pekatkan tulisan huruf tadi dengan menggunakan marker pen..


LANGKAH 4 :


 
 => Gunting setiap huruf tersebut mengikut bentuk seperti puzzle..


LANGKAH 5 : 






=> Setelah siap menggunting semua huruf-huruf tersebut,cantumkan kesemua huruf  sehingga menjadi seperti puzzle yang lengkap.


LANGKAH 6 :



=> Ambil kotak yang kecil atau bakul kecil untuk menyimpan puzzle tersebut agar tidak hilang dan berselerak.


# kemudian PUZZLE tersebut sedia untuk di berikan kepada kanak-kanak...





















P/S : Selamat Mencuba !!
 

Saturday 24 March 2012

MARI SAKSIKAN VIDEO DI BAWAH BERSAMA......

 

Pasti ibu bapa di luar sana inginkan anak seperti ini kn?? jadi marilah kita mendidik anak baca Al-Quran sejak mereka berumur 3 tahun.. semoga mereka akan menjadi seorang anak yang soleh dan solehah apabila mereka besar nanti disamping menjadikan Al-Quran sebagai amalan sehari-harian..

Sunday 18 March 2012

Mengajar Anak Mengenal Al-Quran

 

 Mari renungkan  "Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu adalah bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak yang taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin kamu akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat seksaan"-Mutiara Kata cicit Rasullullah s.a.w Imam Ibn Hussain ibn Ali ibn Abi Talib


Bagaimana Membantu Kanak-kanak Menghafal Surah-Surah Penting dan Panjang Dalam Al Quran??
Dalam membantu anak kita untuk mudah mengingati apa-apa surah yang akan dihafalnya,
cara saya tetap sama samada untuk surah pendek atau surah panjang.

Mulakan dengan membiasakan anak dengan MENDENGAR surah tersebut yang dibaca oleh qari yang kita sendiri suka akan lagu bacaannya.

Jadikan bacaan qari tersebut sebagai teman tidur dan teman perjalanan anak kita.

InsyaAllah, mudahlah untuk mereka menghafal sesuatu yang telah biasa didengar berulang kali.

Kemudian, baru ajar MEMBACA surah tersebut. Ajar hingga dia boleh MEMBACA dengan LANCAR/tiada kesalahan.

Kemudian, baru suruh anak MENGHAFAL.
                             IQRA
  
                    Iqra ini juga sesuai untuk mengajar anak-anak mengaji...


      salah satu cover buku iqra..ada yang warna hitam (1-6) dan ada yang asing-asing 1-6


1. Bacaan Terus (Tanpa Analisa dan Dieja)
Pelajar tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf hijaiyah dan tanda-tanda bacaan. Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf dengan menggunakan bahan pengajaran.

2. Penggunaan Teks Tertentu
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku yang mengandungi 6 naskhah. Pelajar menggunakan mengikut tahap-tahap masing-masing, bermula dari buku pertama. Disusun secara berjilid, dengan kulit buku berwarna-warni yang harmoni sehingga menarik minat pelajar untuk saling berlumba dalam mencapai warna-warni 6 jilid itu. Ianya juga untuk tidak menimbulkan rasa jemu.

3. Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA)
Yang belajar adalah murid, bukan guru-gurunya, jadi setelah guru menerangkan pokok pengajaran dan pelajar sudah jelas mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka pelajar disuruh membaca sendiri bahan berikutnya.

Jika bacaan murid salah atau keliru, jangan sekali-kali guru mencela apalagi mencaci dan menghina. Guru sebaliknya cuma memberi peringatan, contohnya: "Cuba ulang sekali lagi bagaimana? Kenapa dibaca panjang? Kenapa dibaca pendek?" dan sebagainya.

4. Talaqqi Musyafahah
Dalam mempelajari bacaan al-Quran pelajar mesti berhadapan secara langsung dengan gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar tahu betul bagaimana makhraj dan sifat-sifat huruf yang sebenarnya.

5. Tahap Berasaskan Pencapaian Individu
Tahap pencapaian dan kelajuan pelajar dalam mengikut bahan pengajarannya yang disiapkan adalah bergantung kepada kecekapan individu murid dan peranan gurunya. Untuk penilaian dan pengesanan, rekod prestasi perlu disediakan seperti yang dicadangkan.

6. Tenaga Pembimbing/Pembantu
Seorang guru membimbing lima hingga enam orang pelajar dalam satu masa. Jika keadaan memerlukan guru boleh mengambil pelajar tertentu untuk menjadi pembantu dan penyemak bagi pelajar lain yang diperingkat bawah.

7. Praktis
Tujuan Kaedah Iqra' dibentuk adalah supaya pelajar dengan cepat dan mudah membaca al-Quran. Soal teori dan ilmiah tajwid akan diajar setelah pelajar berupaya dan bertadarrus al-Quran. Istilah tajwid tidak diajar tetapi mempraktikkan sebutannya.

8. Sistematik
Disusun secara lengkap, sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan reka letak yang seimbang. Bermula daripada mengenalkan huruf-huruf tunggal, huruf-huruf sambung dan berirama (mad), huruf-huruf pelbagai baris peringkat demi peringkat sehingga ke peringkat ayat yang bermakna. Kerana prosesnya yang bersifat evolusi, maka ianya terasa mudah.

9. Komunikatif
Lingkaran petunjuk dan pengenalan adalah akrab dengan pembaca sehingga dapat menyeronokkan mereka yang mempelajarinya. Disusun dalam bahasa Melayu yang mudah mengerti dan difahami, sehingga ianya lebih berkesan. Selain itu, sejak awal-awal lagi sudah diperkenalkan pelajaran secara berirama (mad = panjang dan tanpa mad = pendek) sehingga terasa seronok dalam membaca dan mendengarnya.

10. Kelenturan dan Mudah
Buku Iqra' boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, bermula daripada kalangan kanak-kanak usia pra Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, bahkan orang-orang dewasa mahupun para Ibu-Bapa yang belum mahir membaca al-Quran. Selain itu, bagi sesiapa yang mahir membaca al-Quran dapat mengajarkannya. Malah murid-murid yang baharu sahaja tamat jilid 2 atau 3 boleh mengajar yang masih diperingkat jilid 1. Ianya dapat menambahkan keseronokkan dan suasana belajar dan mengajar.

Wednesday 14 March 2012

 AL-QURAN


Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9)
Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.

Tuesday 13 March 2012

~hak seOraNg gUru~

Di antara hak-hak masyarakat yang penting, yang perlu diberikan perhatian oleh para pendidik, selalu menegaskannya tentang "mendidik si anak untuk menghormati sang guru, memulia dan memberikan haknya yang baik, sehingga si anak itu membesar dengan memiliki adab susila masyarakat yang tinggi terhadap siapa yang mempunyai hak pengajaran, pembimbing, pendidikan."

Nabi s.a.w. telah pun meletakkan dihadapan para pendidik beberapa pesanan yang mulia, dan pembimbingan yang sangat penting dalam hal menghormati para ulama, memuliakan para guru, supaya manusia mengenali keutamaan mereka, dan supaya mereka memberikan hak yang wajar terhadap sesiapa yang telah bertungkus-lumus mengajar mereka, dan membiasakan diri beradab dan bersopan santun terhadap mereka.

Ahmad, Ath-Thabarani dan Al-Hakim telh meriwayatkan daripada Ubadah bin Ash-Shamit, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Bukanlah dari umatku, siapa yang tidak menghormati orang tuanya, tidak membelas-kasihani yang keilnya, dan mengakui hak terhadap si alimnya."

Ath-Thabarani sekali lagi meriwayatkan di dalam kitabnya Al-Awsath daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Pelajarilah ilmu pengetahuan itu, dan pelajari juga dengan ilmu itu ketenangan jiwa dan kerendahan diri, serta rendahkan diri kamu kepada orang yang mengajari kamu."

 Antara wasiat-wasiat yang dapat disimpulkan :-
  • Seorang murid mestilah merendahkan diri terhadap gurunya, dan jangan sesekali menentang pemikiran dan petunjuknya.
  • Seorang murid mestilah memandang kepada gurunya dengan pandangan penuh hormat dan meyakini diri guru itu sudah lebih sempurna, kerana yang demikian itu adalah lebih dekat untuk mendapatkan manfaat daripadanya.
  • Seorang murid mestilah mengakui hak gurunya terhadap dirinya dan tidak akan dapat melupakan kelebihan dan budinya.
  • Seorang murid mestilah mendoakan untuk gurunya di sepanjang hayatnya.
  • Seorang murid mestilah duduk bersopan santun di hadapan gurunya, merendah diri serta menghormatinya.