SELAMAT DATANG KE ENTRI SI MANJA CERDIK AL-QURAN

Tuesday 13 March 2012

~hak seOraNg gUru~

Di antara hak-hak masyarakat yang penting, yang perlu diberikan perhatian oleh para pendidik, selalu menegaskannya tentang "mendidik si anak untuk menghormati sang guru, memulia dan memberikan haknya yang baik, sehingga si anak itu membesar dengan memiliki adab susila masyarakat yang tinggi terhadap siapa yang mempunyai hak pengajaran, pembimbing, pendidikan."

Nabi s.a.w. telah pun meletakkan dihadapan para pendidik beberapa pesanan yang mulia, dan pembimbingan yang sangat penting dalam hal menghormati para ulama, memuliakan para guru, supaya manusia mengenali keutamaan mereka, dan supaya mereka memberikan hak yang wajar terhadap sesiapa yang telah bertungkus-lumus mengajar mereka, dan membiasakan diri beradab dan bersopan santun terhadap mereka.

Ahmad, Ath-Thabarani dan Al-Hakim telh meriwayatkan daripada Ubadah bin Ash-Shamit, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Bukanlah dari umatku, siapa yang tidak menghormati orang tuanya, tidak membelas-kasihani yang keilnya, dan mengakui hak terhadap si alimnya."

Ath-Thabarani sekali lagi meriwayatkan di dalam kitabnya Al-Awsath daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Pelajarilah ilmu pengetahuan itu, dan pelajari juga dengan ilmu itu ketenangan jiwa dan kerendahan diri, serta rendahkan diri kamu kepada orang yang mengajari kamu."

 Antara wasiat-wasiat yang dapat disimpulkan :-
  • Seorang murid mestilah merendahkan diri terhadap gurunya, dan jangan sesekali menentang pemikiran dan petunjuknya.
  • Seorang murid mestilah memandang kepada gurunya dengan pandangan penuh hormat dan meyakini diri guru itu sudah lebih sempurna, kerana yang demikian itu adalah lebih dekat untuk mendapatkan manfaat daripadanya.
  • Seorang murid mestilah mengakui hak gurunya terhadap dirinya dan tidak akan dapat melupakan kelebihan dan budinya.
  • Seorang murid mestilah mendoakan untuk gurunya di sepanjang hayatnya.
  • Seorang murid mestilah duduk bersopan santun di hadapan gurunya, merendah diri serta menghormatinya.

No comments:

Post a Comment