SELAMAT DATANG KE ENTRI SI MANJA CERDIK AL-QURAN

Saturday 10 March 2012

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

         Kewujudan laman web ini adalah kerana ingin memberitahu ibu bapa di luar sana bahawa didiklah anak-anak kita membaca kitab suci Al-Quran al karim sejak mereka masih kecil agar mereka dapat mengamalkannya sehingga mereka dewasa. Hal ini kerana,kebanyakan dari kita telah mempelajarinya semasa kecil, iaitu bagaimana membacanya dengan tajwid yang betul, tetapi hanya segelintir daripada kita mengetahui makna ayat-ayat suci Al-Quran.Ramai orang bukan Islam bila membaca Al-Quran dengan memahami maksudnya mereka terbuka hati dan kembali ke pangkuan Islam. Mereka ini lebih bertakwa dengan memahami Al-Quran. Kita yang lahir dalam masyarakat Islam seharusnya rasa rendah diri dan malu kerana masyarakat kita kebanyakkannya tidak memahami Al-Quran dan ini menyebabkan banyak gejala sosial berlaku di akhir zaman ini.

Dari surah Al-i-Imran, ayat 7 :

    Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Marilah kita mula mengajar anak membaca Al-Quran dengan surah pembuka, ibu segala surah, –> Al- Fatihah

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment