SELAMAT DATANG KE ENTRI SI MANJA CERDIK AL-QURAN

Monday 5 March 2012

Islam yang indah

Barang siap ingkar kepada ayat-ayat Allah, yang mana ayat-ayat itu telah mengisytiharkan kewajipan berpegang teguh dengan ajaran agama, maka mereka yang tetap angkuh dan sombong itu tetap akan mendapat pembalasan dari Allah dengan segera, kerana teramat cepat mengira atau cepat memberi balasan. 

Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh), dan orang-orang yang diberi al-Kitab tidak berselisih, melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana keangkuhan antara mereka. Dan sesiapa yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan. (Ali-Imran:19). 
sesungguhnya Islam itu sangat indah..Semua syariat yang dibawa oleh para Nabi atau Rasul berjiwakan Islam. Erti 'Islam'itu  ialah menyerahkan diri kepada Allah, tunduk kepada-Nya dan itulah yang telah diwasiatkan kepada para Nabi.
Orang-orang muslim yang sejati ialah orang yang bersih daripada kotoran syirik, tulus dalam amalannya dengan berimankan kepada apa yang syariat yang diturunkan Allah, dan pada apa zaman pun dia berada.
Saidina Ali telah berkata : "Islam itu ialah taslim (menyerah). Dan taslim ialah yakin dan yakin pula ialah percaya serta percaya itu ikrar dan seterusnya ikrar itu menunaikan dan menunaikan itulah amalan.
Tidaklah orang-orang ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu terkeluar da ri agama Islam yang dibawa para Nabi mereka, sehingga menjadikan mereka berpuak-puak lalu berbunuh-bunuh kerana agama. Sedangkan agama mereka satu dan memiliki serta mempunyai ilmu pengetahuan tentang Tuhan yang satu. Dengan itu jelaslah bahawa mereka hanya berdengki-dengkian, berebut kuasa dan melakukan sesuatu yang melampaui batas.
Apa yang kita peroleh dari ayat ini ialah : Kita sebagai umat Islam dikehendaki untuk tidak mengikuti jejak langkah ahli kitab yang disebut itu. Dengan tiada tenaga kesatuan umat Islam inilah, akan timbulnya kesempatan oleh pihak musuh untuk menewaskan agama serta umat Islam.
Semoga Allah memberikan keampunan, rahmat dan semangat kepada kita untk terus meningkatkan semangat kesatuan umat Islam dan menggagalkan perpecahan yang sedang diusha keras oleh pihak yang bukan Islam.

No comments:

Post a Comment